• +603-9223 3667
  • Mon-Fri: 10AM-7PM
  • Home
  • About Us
  • Event
  • News
  • Youtube
  • Home
  • About Us
  • Event
  • News
  • Youtube
Free sign up
Membership

Tiket habis, Kumpulan Rock UNGU tambah satu malam lagi Konsert di Kuala Lumpur

Kumpulan popular Indonesia, Ungu yang bakal mengadakan konsert pada 18 November ini menambah satu malam lagi selepas mendapat sambutan cukup hebat daripada peminat.
  • Updated at 06 Sep 22, Tue 7:57 pm

Share Post

PETALING JAYA: Kumpulan popular Indonesia, Ungu yang bakal mengadakan konsert pada 18 November ini menambah satu malam lagi selepas mendapat sambutan cukup hebat daripada peminat. Penganjur Ungu’s 26th Anniversary Live in Malaysia, Star Planet berkata, sebanyak 85 peratus tiket untuk konsert malam pertama telah terjual dalam tempoh hanya satu jam dan permintaan semakin meningkat.

“Tidak sampai sejam setelah penjualan tiket dilancarkan pada 30 Ogos lalu, lebih 85 peratus tiket habis dijual. Kami amat berbesar hati dan mengharapkan dengan penambahan persembahan kedua Ungu ini dapat menggembirakan semua peminat-peminat Ungu.

Konsert tersebut akan diadakan pada 18 dan 19 November depan di STAR Convention and Exhibition Centre, Menara PGRM di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, peminat boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my yang dijual bermula harga RM188, RM238, RM328, RM388, RM458 dan RM598 (tertakluk kepada bayaran pemprosesan tiket RM4). Semua pembeli tiket VVIP akan menerima poster bertandatangan kumpulan Ungu dan berpeluang bergambar mereka!

Sebagai info, Ungu yang ditubuhkan sekitar 1996 dianggotai Pasha selaku vokalis, Enda dan Oncy (gitar), Makki (bass), dan Rowman (dram). Lagu hit Ungu termasuk Demi Waktu, Tercipta Untukku, Andai Ku Tahu, Kekasih Gelapku dan banyak lagi.

Pada 2005, album Ungu Melayang telah mencapai kejayaan besar dan diterima dengan baik yang meletakkan mereka sebagai superstar antarabangsa dan mencapai populariti yang luar biasa di Indonesia serta benua Asia. Mereka dicalonkan bagi Kumpulan Muzik Terbaik dalam Anugerah Muzik Asia MTV pada 2006 dengan rakaman lagu single asal Demi Waktu daripada album Melayang.

Album studio ketujuh mereka berjudul Mozaik yang dikeluarkan pada 2015 telah terjual lebih daripada 200,000 salinan dan memenangi Anugerah Album Platinum.

Published on: 06.09.2022

Share Post

Unlock your benefits now!

Claim your perks when you purchase a ticket from our site.

Continue Reading

Mandapop Singer GARY CHAW To Show Up at Plaza LOW YAT For Fan Meeting

Read more

Super Junior-D&E To Return To KL In January 2025 For New World Tour “Eclipse”

Read more

Indian music maestro AR Rahman and friends mesmerise thousands of fans with an incredible show at Bukit Jalil

Read more

Subscribe



Company

  • Home
  • About Us
  • Event
  • News
  • Youtube
  • Home
  • About Us
  • Event
  • News
  • Youtube
  • Career
  • Contact
  • Career
  • Contact

Information

+(60) 3 9223 3667

info@starplanet.com.my
Mon-Fri: 10AM-7PM

Social

© 2024 Star Planet Sdn. Bhd.
Menu
  • Home
  • About Us
  • Event
  • News
  • Youtube
  • Home
  • About Us
  • Event
  • News
  • Youtube
Help
  • Career
  • Contact
  • Career
  • Contact
Membership
Claim your benefits!